Blogger Widgets Rancangan Pengajaran Harian Matematik Tahun 3 - Dua Dimensi (2D) | Matematik: Bentuk dan Ruang
RSS

Rancangan Pengajaran Harian Matematik Tahun 3 - Dua Dimensi (2D)

Butir-butiran Penting


Mata Pelajaran           : Matematik
Tema                            : Bentuk dan Ruang
Tajuk                            : Bentuk Dua Dimensi (2-D)
Tarikh                           : 19-10-2012
Hari                               : Jumaat
Masa                            : 30 minit
Kelas                            : 3K
Bilangan Murid            : 42 orang
Standard Kandungan  : Murid dibimbing untuk mengenal pasti bentuk dua dimensi (2D)
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
       a.    Mengenal pasti bentuk dua dimensi (2D).
       b.    Mengetahui ciri-ciri bentuk dua dimensi (2D).
Pengetahuan sedia ada Nilai Murni seperti berkerjasama, sifat ingin tahu, ketelitian dan kekemasan.

Bahan Bantu Mengajar : Komputer riba, kertas warna bersaiz A4, sampul surat, gambar dan lembaran kerja.

Langkah/
Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
(5 minit)
Mengenal pasti bentuk dua dimensi (2D).
1. Guru menayangkan video klip tentang  bentuk dua dimensi(2D).



2. Guru bersoal jawab dengan murid.
Contoh soalan:
Apakah bentuk yang dapat kamu lihat dalam video klip ini?

3. Guru masukkkan tajuk hari ini iaitu bentuk dua dimensi (2D).
1. Murid menonton video klip tentang  bentuk dua dimensi (2D) dengan sepenuh perhatian.

2. Murid menjawab soalan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka.
Jawapan murid :
Bulatan, bujur, segi empat tepat, segi empat sama, segitiga, bintang dan segi lima.

Strategi/ Teknik: Penyoalan untuk kelas

Sumber pengajaran:
Video klip

Penglibatan murid yang aktif
Langkah 1
(8 minit)
Ciri-ciri bentuk dua dimensi (2D).
1.Guru menayangkan Power Point di hadapan kelas.

2. Guru memperkenalkan bentuk dan ciri-ciri bentuk dua dimensi (2D) dalam Power Point.
a. Bulatan
- mempunyai permukaan rata
-mempunyai sisi melengkung
- tiada bucu

b. Segiempat sama
- mempunyai permukaan rata
- mempunyai 4 sisi
- mempunyai 4 bucu
- setiap sisi adalah sama panjang

c. Segiempat tepat
- mempunyai permukaan rata
- mempunyai 4 sisi
- mempunyai 4 bucu
- 2 sisi bertentangan adalah sama panjang

d.  Segitiga
- mempunyai permukaan rata
- ada 3 sisi.
- ada 3 bucu.

e. Bujur
- mempunyai permukaan rata
- mempunyai sisi melengkung
- tiada bucu
- bentuk tidak bulat

f. Bintang
- mempunyai permukaan rata
- mempunyai 10 sisi
- mempunyai 5 bucu

g. Segi lima
- mempunyai permukaan rata
- mempunyai 5 sisi
- mempunyai 5 bucu
1. Murid memberi perhatian.


2. Murid memerhatikan bentuk dua dimensi (2D) dan ciri-cirinya dengan sepenuh perhatian ( dalam Power Point).



Strategi/ Teknik: Pemerhatian

Sumber pengajaran:
Slaid Power Point

Sikap Murid:Ketelitian, sifat ingin tahu

Penglibatan murid yang aktif
Langkah 2
(4 minit)
Menamakan
 bentuk dua dimensi (2D).
1. Guru menunjukkan gambar-gambar bentuk dua dimensi (2D).



2. Guru meminta murid menamakan
 bentuk dua dimensi (2D) seperti di dalam gambar.
1. Murid memerhatikan gambar bentuk dua dimensi (2D) dengan sepenuh perhatian.

2. Murid menamakan
 bentuk dua dimensi (2D) seperti di dalam gambar.
Strategi/ Teknik: Pemerhatian

Sumber pengajaran:
Gambar

Sikap Murid:Ketelitian

Penglibatan murid yang aktif
Langkah 3
(10 minit)
Melakarkan bentuk dua dimensi (2D).
1. Guru memaparkan satu jadual dalam nama bentuk dua dimensi (2D) di atas papan putih. Contoh: bulatan, segitiga, segi empat sama, segi empat tepat, bujur, bintang segi lima.

2. Guru membahagikan murid dalam 7 kumpulan. Setiap kumpulan akan dibekalkan sekeping kertas warna bersaiz A4, gam dan satu sampul surat yang berisi dengan satu bentuk dua dimensi (2D) yang telah dipotong dalam 5 cebisan.


3. Guru meminta murid mencantumkan kelima-lima cebisan gambar bentuk dua dimensi (2D) dan melekatkan di atas kertas warna bersaiz A4.



4. Setelah mencantumkan gambar bentuk dua dimensi (2D), salah seorang murid diminta menampalkan hasilan kumpulan masing-masing di atas papan putih mengikut  kumpulan bentuk dua dimensi (2D).


5. Guru membuat pengesahan betul atau salah pada hasilan setiap kumpulan.

1. Murid memerhatikan jadual  yang telah terpapar di atas papan putih.





2. Murid dibahagikan dalam 7 kumpulan.
Setiap kumpulan akan mendapat sekeping kertas warna bersaiz A4, gam dan satu sampul surat yang berisi dengan satu bentuk dua dimensi (2D) yang telah dipotong dalam 5 cebisan.

3. Murid mencantumkan kelima-lima cebisan gambar bentuk dua dimensi (2D) dan melekatkan di atas kertas warna bersaiz A4.

4. Setiap kumpulan mencantumkan lima cebisan (gambar bentuk dua dimensi ), seorang wakil kumpulan menampalkan hasilan kumpulan merekadi atas papan putih mengikut  kumpulan bentuk dua dimensi (2D).

5. Setiap murid memberi perhatian pada hasilan tiap-tiap kumpulan.
Nilai dan sikap murid:
Bekerjasama, sifat ingin tahu, ketelitian dan kekemasan
Penutup
(3 minit)
Lembaran kerja sebagai pengukuhan.
1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
1. Murid menyiapkan lembaran kerja yang diberi oleh guru.
Murid perlu menyiapkan lembaran kerja dengan betul.

Lembaran kerja

Gambar-gambar telah diambil semasa pelajaran:

Langkah 1:    Guru menayangkan video sebagai set induksi.



Langkah 2:    Guru memperkenalkan nama dan ciri-ciri bentuk Dua Dimensi.




Langkah 3:    Guru meminta murid menamakan bentuk 2D seperti di dalam gambar.




Langkah 4:   Murid menjalankan aktiviti kumpulan.





Langkah 5:   Ketua kumpulan menampalkan hasilan mereka di atas papan putih.




Langkah 6:   Guru dan murid membuat pengesahan betul atau salah pada hasilan mereka.



Langkah 7:   Guru mengedarkan lembaran kerja dan murid menyiapkan lembaran kerja.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

Tan Chun Chyuan said...

RPH yang sangat jelas. Gambar-gambar berkenaan juga sangat menarik.

Unknown said...

pengajaran yang menarik

Anonymous said...

terima kasih atas anda berkongsi maklumat , teruskan usaha anda lagi!

Anonymous said...

sgt maenarik...boleh postkan gambar untuk 3 demensi....

Anonymous said...

gambar yang sgt jelas dan menarik. boleh sy guna gambar ini untuk bahan assignment?
sy akan nyatakan sumber gambar tersebut.

Nickgwimy said...

Hebat...

Post a Comment