Butir-butiran Penting
Mata
Pelajaran : Matematik
Tema
: Bentuk dan Ruang
Tajuk : Bentuk Dua Dimensi (2-D)
Tarikh : 19-10-2012
Hari : Jumaat
Masa : 30 minit
Kelas : 3K
Bilangan
Murid : 42 orang
Standard
Kandungan : Murid dibimbing untuk
mengenal pasti bentuk dua dimensi (2D)
Objektif
Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
a.
Mengenal
pasti bentuk dua dimensi (2D).
b.
Mengetahui
ciri-ciri bentuk dua dimensi (2D).
Pengetahuan
sedia ada : Nilai
Murni seperti berkerjasama,
sifat ingin tahu, ketelitian dan kekemasan.
Bahan
Bantu Mengajar : Komputer riba, kertas warna bersaiz A4, sampul surat, gambar
dan lembaran kerja.
Langkah/
Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
|||
Set
Induksi
(5
minit)
|
Mengenal pasti bentuk
dua dimensi (2D).
|
1. Guru menayangkan
video klip tentang bentuk dua dimensi(2D).
2. Guru bersoal jawab
dengan murid.
Contoh soalan:
Apakah
bentuk yang dapat kamu lihat dalam video klip ini?
3. Guru masukkkan tajuk
hari ini iaitu bentuk dua dimensi (2D).
|
1. Murid menonton video
klip tentang bentuk dua dimensi (2D) dengan
sepenuh perhatian.
2. Murid menjawab soalan
berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka.
Jawapan murid :
Bulatan, bujur, segi
empat tepat, segi empat sama, segitiga, bintang dan segi lima.
|
Strategi/ Teknik:
Penyoalan untuk kelas
Sumber pengajaran:
Video klip
Penglibatan murid yang
aktif
|
Langkah
1
(8
minit)
|
Ciri-ciri bentuk dua
dimensi (2D).
|
1.Guru menayangkan Power Point di hadapan kelas.
2. Guru memperkenalkan bentuk
dan ciri-ciri bentuk dua dimensi (2D) dalam Power Point.
a. Bulatan
- mempunyai permukaan
rata
-mempunyai sisi
melengkung
- tiada bucu
b. Segiempat sama
- mempunyai permukaan
rata
- mempunyai 4 sisi
- mempunyai 4 bucu
- setiap sisi adalah
sama panjang
c. Segiempat tepat
- mempunyai permukaan
rata
- mempunyai 4 sisi
- mempunyai 4 bucu
- 2 sisi bertentangan
adalah sama panjang
d. Segitiga
- mempunyai permukaan
rata
- ada 3 sisi.
- ada 3 bucu.
e. Bujur
- mempunyai permukaan
rata
- mempunyai sisi
melengkung
- tiada bucu
- bentuk tidak bulat
f. Bintang
- mempunyai permukaan
rata
- mempunyai 10 sisi
- mempunyai 5 bucu
g. Segi lima
- mempunyai permukaan rata
- mempunyai 5 sisi
- mempunyai 5 bucu
|
1. Murid memberi
perhatian.
2. Murid memerhatikan
bentuk dua dimensi (2D) dan ciri-cirinya dengan sepenuh perhatian ( dalam Power Point).
|
Strategi/ Teknik:
Pemerhatian
Sumber pengajaran:
Slaid Power Point
Sikap Murid:Ketelitian,
sifat ingin tahu
Penglibatan murid yang
aktif
|
Langkah
2
(4
minit)
|
Menamakan
bentuk dua dimensi (2D).
|
1. Guru menunjukkan
gambar-gambar bentuk dua dimensi (2D).
2. Guru meminta murid menamakan
bentuk dua dimensi (2D) seperti di dalam
gambar.
|
1. Murid memerhatikan
gambar bentuk dua dimensi (2D) dengan sepenuh perhatian.
2. Murid menamakan
bentuk dua dimensi (2D) seperti di dalam
gambar.
|
Strategi/ Teknik:
Pemerhatian
Sumber pengajaran:
Gambar
Sikap Murid:Ketelitian
Penglibatan murid yang
aktif
|
Langkah
3
(10
minit)
|
Melakarkan bentuk dua
dimensi (2D).
|
1. Guru memaparkan satu
jadual dalam nama bentuk dua dimensi (2D) di atas papan putih. Contoh:
bulatan, segitiga, segi empat sama, segi empat tepat, bujur, bintang segi
lima.
2. Guru membahagikan
murid dalam 7 kumpulan. Setiap kumpulan akan dibekalkan sekeping kertas warna
bersaiz A4, gam dan satu sampul surat yang berisi dengan satu bentuk dua
dimensi (2D) yang telah dipotong dalam 5 cebisan.
3. Guru meminta murid
mencantumkan kelima-lima cebisan gambar bentuk dua dimensi (2D) dan melekatkan
di atas kertas warna bersaiz A4.
4. Setelah mencantumkan
gambar bentuk dua dimensi (2D), salah seorang murid diminta menampalkan
hasilan kumpulan masing-masing di atas papan putih mengikut kumpulan bentuk dua dimensi (2D).
5. Guru membuat
pengesahan betul atau salah pada hasilan setiap kumpulan.
|
1. Murid memerhatikan jadual
yang telah terpapar di atas papan
putih.
2. Murid dibahagikan
dalam 7 kumpulan.
Setiap kumpulan akan
mendapat sekeping kertas warna bersaiz A4, gam dan satu sampul surat yang
berisi dengan satu bentuk dua dimensi (2D) yang telah dipotong dalam 5
cebisan.
3. Murid mencantumkan
kelima-lima cebisan gambar bentuk dua dimensi (2D) dan melekatkan di atas
kertas warna bersaiz A4.
4. Setiap kumpulan
mencantumkan lima cebisan (gambar bentuk dua dimensi ), seorang wakil
kumpulan menampalkan hasilan kumpulan merekadi atas papan putih mengikut kumpulan bentuk dua dimensi (2D).
5. Setiap murid memberi
perhatian pada hasilan tiap-tiap kumpulan.
|
Nilai dan sikap murid:
Bekerjasama, sifat ingin
tahu, ketelitian dan kekemasan
|
Penutup
(3
minit)
|
Lembaran kerja sebagai
pengukuhan.
|
1. Guru mengedarkan
lembaran kerja kepada setiap murid.
|
1. Murid menyiapkan
lembaran kerja yang diberi oleh guru.
|
Murid perlu menyiapkan
lembaran kerja dengan betul.
Lembaran kerja
|
Gambar-gambar telah diambil semasa pelajaran:
Langkah 1:
Guru
menayangkan video sebagai set induksi.
Langkah 2: Guru memperkenalkan nama dan ciri-ciri bentuk Dua Dimensi.
Langkah 3: Guru meminta murid menamakan bentuk 2D seperti di dalam gambar.
Langkah 4: Murid menjalankan aktiviti kumpulan.
Langkah 5: Ketua kumpulan menampalkan hasilan mereka di atas papan putih.
Langkah 6: Guru dan murid membuat pengesahan betul atau salah pada hasilan mereka.
Langkah 7: Guru mengedarkan lembaran kerja dan murid menyiapkan lembaran kerja.
6 comments:
RPH yang sangat jelas. Gambar-gambar berkenaan juga sangat menarik.
pengajaran yang menarik
terima kasih atas anda berkongsi maklumat , teruskan usaha anda lagi!
sgt maenarik...boleh postkan gambar untuk 3 demensi....
gambar yang sgt jelas dan menarik. boleh sy guna gambar ini untuk bahan assignment?
sy akan nyatakan sumber gambar tersebut.
Hebat...
Post a Comment