Blogger Widgets 3 Dimensi | Matematik: Bentuk dan Ruang
RSS
Showing posts with label 3 Dimensi. Show all posts
Showing posts with label 3 Dimensi. Show all posts

Mempelajari Bentuk 2D dengan Galeri Video


Di dalam ruang ini, video berkaitan dengan bentuk 2D telah khas dipilih supaya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran bentuk.

Biasanya penayangan video tidak terdapat dalam kelas sekolah. Oleh itu, video-video berikut amat berguna untuk menarik perhatian pelajar.

Berlajarlah bersama-sama dengan video-video berikut...



----------------------------------------------------------
Bentuk 2D











----------------------------------------------------------
Bentuk 3D




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rancangan Pengajaran Harian Matematik Tahun 3 - Tiga Dimensi (3D)

Butir-butiran Penting


Mata Pelajaran
:
Matematik Tahun 3
Topik
:
Ruang
Kelas
: 
3  Teratai
Bilangan murid
: 
30 orang
Masa
:
60  minit
Standard Pembelajaran
:

14.2 (i)













    Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
  1. Mengetahui ciri-ciri prisma dan bukan prisma.
  2. Membandingkan prisma dengan bukan prisma.
     
    Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:

  1)    Murid-murid diminta untuk menyatakan bentuk-bentuk 3D yang mereka tahu.
Guru menunjukkan gambar bentuk 3D yang terdapat di dalam gambarajah dan murid menyatakan dan menamakan bentuk 3D seperti di dalam gambar.

Gambarajah Bentuk 3D

2) Guru menunjukkan gambar prisma yang mengandungi 3 jenis iaitu prisma segitiga, prisma segiempat tepat, prisma segempat sama.




3) Murid diminta menyatakan ciri-ciri yang terdapat di sesebuah prisma iaitu mempunyai sekurang-kurangnya 2 tapak yang terdiri daripada 5 permukaan yang rata dan 6 bucu serta 9 hingga 12 sisi mengikut bentuk.

4) Murid diminta memilih bentuk lain yang hampir sama dengan bentuk prisma segitiga seperti kon dan piramid. Murid menyatakan ciri-ciri bentuk persamaan dan perbezaan antara bongkah tersebut.



5) Seterusnya guru menunjukkan bentuk prisma segiempat tepat dengan silinder.
Murid menyatakan bentuk yang hampir sama akan tetapi berbeza ciri-cirinya.



6) Murid diminta memilih bentuk lain yang hampir sama dengan bentuk prisma segiempat sama . Murid menyatakan ciri-ciri bentuk persamaan dan perbezaan antara bongkah tersebut.Contoh prisma segiempat sama dan sfera.



7) Guru mengedarkan lembaran aktiviti  kepada murid.


Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
Kreativiti dan Inovasi.


Bahan Bantu Belajar:
            Kad gambar 3D, Model 3D, Lembaran aktiviti.


Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
             Murid boleh membandingbezakan bentuk prisma dan bukan prisma berdasarkan ciri-cirinya.

Refleksi:
    2 daripada 30 murid belum mencapai objektif pembelajaran dan perlu bimbingan guru.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bentuk Tiga Dimensi (3D)



Apakah yang dimaksudkan dengan Bentuk Tiga Dimensi (3D)? 

Bentuk 3D ialah bentuk yang mengandungi 3 dimensi iaitu Panjang, Lebar, dan Kedalaman.

Ia mempunyai permukaan sama ada rata atau melengkung.


Marilah kita berkenalan dengan jenis-jenis bentuk 3D...






---------------------------------------------------

(ii) Bentuk Tiga Dimensi (3D)


1. KUBUS


                                           
     * 12 sisi sama panjang
     * 8 bucu 
     * 6 permukaan rata 







Contoh - contoh Kubus
















2. KUBOID

     
     * 12 sisi
     * 8 bucu 
     * 6 permukaan rata 


Contoh - contoh Kuboid

















3.SILINDER

     
                    
               * 2 permukaan rata 
               * 1 permukaan melengkung             
               * Tiada bucu 
               






Contoh - contoh Silinder
















4. KON


* 1 permukaan rata
* 1 bucu







Contoh - contoh Kon
















5. PIRAMID


* 5 permukaan rata
* 5 bucu
* 8 sisi





Contoh - contoh Piramid




---------------------------------------------------

Sebelum berakhir dengan topic ini, marilah kita berulang sekali lagi ciri-ciri bentuk 3D..




Bolehkah anda senaraikan contoh-contoh bentuk 3D yang terdapat dalam kehidupan?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS