Blogger Widgets RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 3 | Matematik: Bentuk dan Ruang
RSS

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 3


Butir-butiran Penting

Mata pelajaran: Matematik

Kelas & masa : 3 Arif / 7:10 a.m. – 8:10 a.m.

Tema / Tajuk : Sukatan & Geometri / Ruang

Standard Pembelajaran : 14.3 (i)

Objektif pembelajaran: Pada akhir pembelajaran murid berupaya untuk mengenal pasti bentuk separuh bulatan dan poligon sekata : pentagon, heksagon, heptagon dan oktagon

Aktiviti P&P :
1. Murid menceritakan bentuk-bentuk yang mereka nampak dalam gambar yang di tayangkan.( Gambar )

2. Murid mencirikan bentuk-bentuk yang mereka lihat.



3. Menyusun tangram secara berkumpulan untuk mendapatkan bentuk 2D dan murid menyatakan nama bentuk yang diperolehi serta mencirikannya.

- Murid diminta untuk melabel bentuk yang ditampalkan pada papan tulis.

4. Murid bermain teka-teki ala rummy dalam kumpulan.

( Teka-teki)
- Setiap kumpulan diberikan satu soalan teka-teki.
- Kumpulan A membacakan soalan dan kumpulan B akan meneka jawapan.
- Kumpulan B pula akan membacakan soalan yang mereka perolehi dan akan dijawab oleh kumpulan C.
- Kumpulan yang dapat menjawab soalan dengan betul akan diberikan token.


5. Murid menjawab soalan secara berkumpulan.

6. Guru mengedarkan lembaran kerja.


EMK : TMK, Kreativiti dan Inovasi

BBB: Kad Manila, slide power point, Sampul teka-teki, lembaran kerja.

Penilaian P&P: Murid boleh mengenal pasti bentuk 2D melalui aktiviti mencantum kepingan kad manila dan menjawab teka-teki.

Refleksi:




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PERMAINAN TEKA-TEKI : SIAPA SAYA?

1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
2. Ketua kumpulan mencabut soalan untuk dijawab oleh kumpulannya.
3. Ulang langkah 2 sehingga tamat permainan.
4. Dua markah diberikan kepada jawapan yang betul dan tambah satu markah bonus bagi jawapan yang munasabah.

Soalan Teka-Teki

1. Perut saya melengkung,
belakang saya lurus,
pepenjuru saya dua,
teka siapa saya?

2. Ada satu bentuk,
terdiri lima sisi,
pepenjuru ada lima
Superman ada di dada.


3. Saya ada enam sisi,
pepenjuru saya ada enam,
saya terdapat pada sarang lebah,
cuba teka siapa saya?

4. Saya mempunyai tujuh pepenjuru,
sisi saya juga tujuh,
bentuk saya tiada lengkung,
cuba teka siapa saya?

5. Sisi saya lapan,
pepenjuru juga lapan,
terdapat di jalan-jalan,
jumpa saya tidak boleh jalan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Unknown said...

Thanks for shanring !

Unknown said...

Tq

Post a Comment