Butir-butiran Penting
Mata Pelajaran
|
:
|
Matematik Tahun 3
|
Topik
|
:
|
Ruang
|
Kelas
|
:
|
3 Teratai
|
Bilangan murid
|
:
|
30 orang
|
Masa
|
:
|
60 minit
|
Standard Pembelajaran
|
:
|
14.2
(i)
|
Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
- Mengetahui
ciri-ciri prisma dan bukan prisma.
- Membandingkan prisma dengan bukan prisma.
Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran:
1) Murid-murid diminta untuk menyatakan bentuk-bentuk 3D
yang mereka tahu.
Guru menunjukkan gambar bentuk 3D yang terdapat di dalam
gambarajah dan murid menyatakan dan menamakan bentuk 3D
seperti di dalam gambar.Gambarajah Bentuk 3D |
2) Guru
menunjukkan gambar prisma yang mengandungi 3 jenis iaitu prisma segitiga,
prisma segiempat tepat, prisma segempat sama.
3) Murid diminta menyatakan ciri-ciri yang terdapat di
sesebuah prisma iaitu mempunyai sekurang-kurangnya 2 tapak yang terdiri
daripada 5 permukaan yang rata dan 6 bucu serta 9 hingga 12 sisi mengikut
bentuk.
4) Murid diminta memilih bentuk lain yang hampir sama
dengan bentuk prisma segitiga seperti kon dan piramid. Murid menyatakan
ciri-ciri bentuk persamaan dan perbezaan antara bongkah tersebut.
5) Seterusnya guru menunjukkan bentuk prisma segiempat
tepat dengan silinder.
Murid menyatakan bentuk yang hampir sama akan tetapi
berbeza ciri-cirinya.
6) Murid diminta memilih bentuk lain yang hampir sama
dengan bentuk prisma segiempat sama . Murid menyatakan ciri-ciri bentuk
persamaan dan perbezaan antara bongkah tersebut.Contoh prisma segiempat sama
dan sfera.
7) Guru mengedarkan lembaran aktiviti kepada murid.
Elemen Merentas Kurikulum
(EMK):
Kreativiti dan Inovasi.
Bahan
Bantu Belajar:
Kad gambar 3D, Model 3D, Lembaran aktiviti.
Penilaian Pengajaran dan
Pembelajaran:
Murid boleh membandingbezakan
bentuk prisma dan bukan prisma berdasarkan ciri-cirinya.
Refleksi:
2 daripada 30 murid belum mencapai objektif
pembelajaran dan perlu bimbingan guru.
4 comments:
rph ini amat berguna.
Terima kasih...amat membantu...
wtf
Post a Comment