Menu

Tuesday, October 23, 2012

Bentuk Dua Dimensi (2D)

Untuk memahami bentuk dan ruang, pelbagai jenis bentuk telah diperkenalkan. 

Dua jenis ruang iaitu (i) Dua Dimensi (2D) dan (ii) Tiga Dimensi (3D).

Marilah kita bermula dengan mengenali bentuk-bentuk 2D....


-----------------------------------------------------------------------------

Apakah yang dimaksudkan dengan Bentuk Dua Dimensi (2D)? 


Definisi : ~ Dimensi yang melibatkan pangjang dan lebar
                ~ Jadi, bentuk 2D ialah apa-apa bentuk yang mempunyai pangjang dan lebar

Ciri-ciri : ~ Mempunyai lebar dan panjang
                ~ Mempunyai permukaan yang rata
                ~ Mempunyai bucu kecuali bentuk bulat dan bujur
                ~ Semua bentuk 2D bersisi lurus kecuali bentuk bulat dan bujur iaitu sisi melengkung

-----------------------------------------------------------------------------


(i) Bentuk Dua Dimensi (2D)



1. SEGIEMPAT SAMA



    * ada 4 sisi                                          
    * semua sisi sama panjang
    * ada 4 bucu 








2. SEGIEMPAT TEPAT

       

          * ada 4 sisi                                          
          * Dua sisi bertentangan adalah sama 
          * ada 4 bucu 









3. SEGITIGA SAMA SISI

      
   * ada 3 sisi                                          
   * Tiga sisi sama panjang
   * ada 3 bucu 







4. SEGITIGA SAMA KAKI

       

                 * ada 3 sisi                                          
                 * Dua sisi sama panjang
                 * ada 3 bucu 









5. BULATAN


     

     * satu permukaan rata                                         
     * satu sisi melengkung
     * tidak mempunyai bucu








-----------------------------------------------------------------------------


Ciri-ciri adalah penting untuk mengenal-pasti pelbagai jenis bentuk dalam ruang yang berlainan. 

Dengan ciri-ciri penting disenaraikan, bentuk-bentuk lebih senang dibezakan.




20 comments:

  1. Penerangan bentuk 2D jelas dengan gambar yang terang dan menarik, syabas, Cikgu Tan.

    ReplyDelete
  2. Sungguh jelas dan menarik blog cikgu!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana berkongsi Rancangan Tahunan KSSR.^^

    ReplyDelete
  4. terima kasih, kerana boleh menjadi rujukan saya.

    ReplyDelete
  5. nota yang cukup terang dan ringkas, syabas.

    ReplyDelete
  6. Blog yang mempunyai banyak maklumat, well done.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian ilmu

    ReplyDelete