Blogger Widgets Rancangan Tahunan KSSR Matematik Tahun 3 (versi BM) - Part 1 | Matematik: Bentuk dan Ruang
RSS

Rancangan Tahunan KSSR Matematik Tahun 3 (versi BM) - Part 1


Rancangan Tahunan KSSR Matematik Tahun 3-Part 1  


Topik
Standard kandungan
Murid dibimbing untuk;
Standard Pembelajaran
Murid berupaya untuk;
Standard Prestasi
Cadangan Pentaksiran
1. Nombor Bulat Dalam Lingkungan 10 000
1.1 Menama dan menentukan
nilai  nombor.
(i) Menamakan nilai nombor hingga 10 000:
(a) Membaca sebarang nombor yang diberi dalam perkataan.
(b) Menyebut sebarang nombor yang diberi dalam bentuk angka.
(c) Memadan angka dengan namanya dalam perkataan.
B1D1E1 
a)   Menyatakan sebarang nombor bulat hingga 10 000
b)   Membilang nombor seribu-seribu, seratus-seratus, sepuluh-sepuluh, satu-satu, dua-dua, tiga-tiga hingga sembilan-sembilan secara tertib menaik dan menurun

Lisan


(ii) Menentukan nilai nombor hingga 10 000:
(a)    Menunjukkan kuantiti bagi nombor yang 
disebut dengan menggunakan
           perwakilan objek,    gambar, garis nombor dan abakus 4:1.
(b)    Memadankan kumpulan objek dengan nombor.
(c)    Menyusun kumpulan objek, kad gambar dan kad angka mengikut tertib menaik dan tertib menurun.
(d)   Membandingkan dua nombor dan menyebut sebarang nombor yang terletak di antaranya.
(e)    Menyatakan nombor sebelum dan selepas bagi sesuatu nombor yang diberi.
B1D2E1
a)    Menunjukkan kuantiti bagi nombor
b)    Menyusun nombor mengikut tertib menaik dan menurun
c)    Membandingkan dua nombor dan menyatakan nombor sebelum, selepas dan di antaranya




Lisan
Permainan
Simulasi

1.2 Menulis nombor.
(i) Menulis sebarang nombor hingga 10 000 apabila diberi nombor itu dalam perkataan.
(ii) Menulis dalam perkataan sebarang nombor hingga 10 000 yang diberi dalam bentuk  angka.

B2D1E1 
Menulis nombor dalam perkataan dan angka

Bertulis

1.3 Melengkapkan  
      sebarang 
      rangkaian  
      nombor.
(i)   Membilang nombor dalam lingkungan
     10 000 secara:
     (a) seribu-seribu,
     (b) seratus-seratus,
     (c) sepuluh-sepuluh,
     (d) satu-satu, dua-dua, tiga-tiga hingga
          sembilan-sembilan secara tertib
          menaik dan menurun.





(ii)  Melengkapkan sebarang rangkaian nombor dalam lingkungan 10 000 secara:
    (a) seribu-seribu,
    (b) seratus-seratus,
    (c) sepuluh-sepuluh,
(d) satu-satu, dua-dua, tiga-tiga hingga
     sembilan-sembilan secara tertib
     menaik dan menurun

B1D2E1
d)    Melengkapkan sebarang rangkaian nombor


Lisan
Permainan
Simulasi

1.4 Menentukan
      nilai tempat.
(i)   Menamakan nilai tempat bagi setiap digit  dalam sebarang nombor hingga
     10 000.
(ii)  Menyatakan nilai digit bagi sebarang nombor hingga 10 000.
(iii)Menyatakan nilai tempat dan nilai digit bagi sebarang nombor dengan  menggunakan abakus 4:1.


B2D2E1 
Menyatakan nilai tempat dan nilai digit bagi sebarang nombor bulat hingga 10 000



Lisan
Bertulis


(iv) Mencerakinkan sebarang nombor dalam:
(a)    sebutan ribu, ratus, puluh dan
sa,
(b) bentuk panjang yang
     menunjukkan nilai setiap digit
B2D2E2
Mencerakinkan sebarang  nombor hingga 10 000


Lisan
Bertulis
Simulasi

1.5 Melengkapkan
      pola nombor.
(i)     Menerangkan pola bagi satu  
       urutan nombor yang diberi.
(iii)  Melengkapkan pelbagai pola nombor   
 yang diberi.






1.6 Membundarkan
      sebarang
      nombor
(i)     Membundarkan sebarang nombor hingga 10 000 kepada puluh, ratus dan ribu yang terdekat.
(ii)    Mengenal pasti nombor yang mungkin diwakili oleh suatu nombor hingga       10 000 yang telah dibundarkan kepada puluh, ratus dan ribu terdekat.
B3D2E1 
Membundarkan sebarang nombor bulat  hingga 10 000 kepada puluh, ratus dan ribu yang terdekat


Lisan
Bertulis

1.7 Menganggar.
(i) Memberi anggaran bilangan objek
    yang munasabah dengan:
(a) menyatakan kuantiti,
(b) menggunakan perkataan
     ‟lebih daripada” dan ‟kurang
      daripada”.
B3D3E1
Menganggar bilangan objek “lebih daripada” dan “kurang daripada” sesuatu kuantiti



Lisan
Bertulis
Simulasi
Projek

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment